Saturday 17 January 2015

RESEPI MACAROONS MUDAH & CANTIK CHEF OBIE


Bahan

4 biji (160g) telur putih ( perlu di age dahulu )
120g gula kastor
160g serbuk badam
230g gula aising
esen vanilla

Inti:ganache,coklat ganache ,peanut buuter ,kiwi fruit filling,blueberry fruit filling dan mpelbagai jenis filling yang anda suka boleh digunakan

Cara Membuat:

Tapis bersama serbuk badam dengan gula aising.

Kemudian pukul putih telur dengan gula kastor sehingga kembang dan tidak jatuh apabila bowl diterbalikkan ( sehingga boleh bertanduk )

Masukkan esen vanilla ,pukul sebentar. kemudian masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan- lahan .Masukkan pewarna dan guna teknik kaup balik hingga sebati.

Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel bernombor 10 berupa bulat kosong sahaja, paipkan adunan sebesar duit 20sen / 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.

Anda boleh lukis terlebih dahulu berpandukan duit syiling 20 sen / 50 sen atas kertas parchment .

Jarakkan setiap satu lebih kurang 4 cm 

Pecahkan gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ( boleh guna jarum peniti atau toothpick )-untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang dan tidak cantik bila dibakar.

Ketuk-ketuk bahagian bawah tray utk meratakan adunan.

Biarkan macarons kering atau tidak melekat apabila disentuh dengan jari sebelum dibakar.
Lebih kurang 40minit sebelum dibakar.

Bakar dalam oven pada suhu 140-150'c selama 15 minit-18 minit.Sejukkan sebelum anda paipkan inti. Selamat mencuba resepi macaroons chef obie...chef sharingkan resepi istimewa ini untuk anda yang tercari-cari resepi macaroons....

NAKKKK!!!!!


Formula Magic Resepi memang menakjubkan!

  1. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengetahui sukatan Gula, Tepung + Koko dan juga serbuk koko (topping). ( Dan inilah perkara yang paling sukar). Semuanya telah di sukat dengan tepat dan dimasukkan ke dalam satu pek.
  2. Setiap pek kek coklat Magic Resepi lengkap mengandungi bahan-bahan yang masing-masing telah di tanda dengan nombor seperti gula (no. 1), tepung + koko (no.2) dan coklat cair (no.3) bagi memudahkan anda mengikut panduan yang disertakan.
  3. Magic Resepi juga menyediakan bahan Topping kek coklat (yang bertanda X) di dalam bentuk serbuk yang telah disukat.
  4. Topping tak perlu double boil.
 
Memang terbukti keajaibannya. Lebih 1,997 orang telah merasai kenikmatannya.


Magic Resepi adalah satu cara yang sangat UNIK yang di cipta KHAS bagi memudahkan anda membuat kek coklat Moist. Tapi, bukan itu sahaja, Magic Resepi memberikan anda jawapan yang muktamad untuk membuat kek coklat yang sebenar.

Dengan panduan di tangan anda, anda tahu apa yang patut anda lakukan. Anda tidak lagi akan menghadapi sebarang masalah. Malah, pertama kali selepas menggunakannya, anda pasti akan ‘jatuh cinta’ dengannya.


Mantap lagi hebat

Produk yang tiada tandingannya. Keluaran Bumiputra. Dijamin HALAL.
  1. Tepung magic ni tahan sehingga 6 bulan.
  2. Berat bersih 580 g.
  3. Boleh di kukus dan di bakar.
  4. Tak perlu simpan di tempat sejuk. Cukup sekadar suhu bilik.
  5. Dapat hasilkan kek coklat moist seberat 1.4 kg.
  6. Menjimatkan masa anda untuk membeli kesemua bahan-bahan tadi di kedai secara berasingan.
  7. Cara penyediaan disertakan.
  8. Kos yang amat murah jika dibandingkan dengan harga bahan yang dibeli secara berasingan.

BAKE


meremang bulu roma dengar tengah malam...seram gile

seram


Militan, askar bertempur di tengah Mali, 3 maut

BAMAKO: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang bandar Tenenkou di tengah Mali menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak tentera.
Mali masih merasai kesan kemelut yang bermula pada 2012 apabila pejuang yang ada kaitan dengan Al-Qaeda, merampas wilayah di utara negara itu sebelum operasi tentera Perancis setahun kemudian menyebabkan mereka berpecah.
Sejak beberapa bulan lalu, militan berkenaan meningkatkan serangan.
Kira-kira 20 lelaki bersenjata memasuki Tenenkou dengan motosikal awal semalam dan melepaskan tembakan terhadap anggota tentera Mali yang bertindak balas dalam kejadian yang berlarutan selama tiga jam itu.

Bukit Besi bakal dikenali sebagai bandar bersejarah menjelang 2030

DUNGUN: Bandar Bukit Besi, yang suatu masa dulu pernah menjadi tempat perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara, akan dijadikan bandar bersejarah dan dikenali sebagai Bukit Besi Bandar Bersejarah menjelang tahun 2030.
Justeru, kerajaan negeri Terengganu kini sedang mengorak langkah dengan membuat rangka pelan perancangan 15 tahun bagi membangunkan bandar bersejarah berkenaan.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata mereka sedang mengenal pasti pembangunan yang akan dijalankan secara berperingkat tanpa meminggirkan kesan peninggalan sejarahnya.
Katanya, pelan induk pembangunan tersebut dijangka dirangka bulan depan selepas mendapat input daripada semua pihak berkepentingan.
"Mungkin fasa pertama membabitkan pembangunan semula tempat perlombongan untuk dijadikan sebagai tarikan sejarah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Publisiti Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 di Tasik Puteri Bukit Besi di sini, hari ini.
Katanya, kawasan yang dibangunkan itu meliputi keluasan 3,200 hektar bermula dari persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II di Bukit Besi hingga ke kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi.
Menurutnya kerajaan negeri kini melihat bajet pembangunan keseluruhan projek itu serta merancang untuk mewartakan kawasan itu sebagai tapak warisan. - BERNAMA
MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kanan) berkata sesuatu kepada pengurus besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Wan Mat Amin Wan Daud (kiri), semasa mendengar taklimat perancangan kawasan khas Bukit Besi selepas merasmikan Majlis Perasmian Publisiti Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 di Tasik Puteri Bukit Besi.